'O' IS FOR OLIE

Saturday, November 17, 2012

PETUA ORANG DOLU DOLU


Orang melayu kite ni banyak petua-petua yang diamalkan untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran serta mengubati penyakit-penyakit ringan. Aku nak kongsi beberapa petua yang aku penah dengar dan amalkan.

1. Untuk muka berseri  awet muda
Sentiasalah minum segelas air masak dan selawat. Amalkan setiap pagi sebelum gosok gigi

2. Untuk mendapatkan rambut hitam lebat dan tiada kelemumur 
Santan masam disapukan ke atas kepala dan balut dengan tuala. Tahanlah sikit bau busuk santan tu ye. Biarkan seketika sebelum dicuci seperti biasa

3. Untuk sakit perut memulas dan cirit birit
Ambil sesudu besar tepung gandum. Campurkan dengan segelas air masak. kacau dan biarkan tepung turun ke bawah. Minumlah air yang jernih di bahagian atas itu. Amalkan sehingga hilang cirit birit.

4.  Untuk menghilangkan senggugut
Kepada mereka yang selalu mengalami senggugut amalkan membaca Ayat Qursi setiap kali diserang senggugut. Insyaallah akan hilang dengan segera. Cubalah!

5. Untuk membunuh lipas
Takyah nk beli penyembur lipas mahal2... Nampak lipas curah je dgn air sabun mesti dia menggelitis pastu mati... Cuba kalo tak caye...

6. Untuk mengelakkan baju  turun warna
Kalau kita dapati ada baju yang dibasuh turun warna, rendamlah baju tersebut dengan garam selama 1-2 jam. Insyaallah takkan turun warna lagi lepas tu. Petua ini juga boleh diamalkan kalau ada period stain yang takmau tanggal.

7. Untuk mencuci kerak atau kesan degil pada kuali dan periuk
Kalau ade kesan degil yg melekat dan susah tnaggal rendamlah dengan baking soda. Biarkan dulu dan cucilah seperti biasa. Kesan degil pasti tanggal

8.  Untuk melembutkan daging
Senang saja, semasa nak merebus daging tu letaklah sebatang sudu. Insyaallah daging akan lembut

9.  Untuk mengurangkan sakit gigi
Ambil bawang dan tumbuk sedikit. Letakkan pada gigi yang sakit itu

10. Untuk menghilangkan suara serak dan sakit tekak
Ambil seketul halia dan rebus dengan gula batu. Kemudian air tadi ditapis dan minum. Jangan lupa untuk selawat ya. Amalkan setiap pagi dan sebelum tidur

Ok selamat mencuba ya!


No comments:

Post a Comment