'O' IS FOR OLIE

Friday, November 30, 2012

BETO KUSYAIRY DALAM DRAMA BERSIRI TERBARU : HANYA PADAMU

Kepada semua peminat yg ternanti2 kemunculan Beto jgn lupa mulai 28 Disember 2012 ini drama bersiri 13 episod akan menemui anda semua di slot Zehra TV3. Antara pelakon lain yang terlibat ialah Emelda, Zahiril Adzim dam pendatang baru Nazeera.

Aku gerenti mesti best giler punye drama ni. Sbb? Sbb ade Beto Kusyairy lah beb!! Huhu...

Kite tgk sket paparan menarik sepanjang penggambaran Hanya Padamu.








Sunday, November 25, 2012

Tak sabar tunggu drama & filem baru Beto Kusyairy


Aku tak sabo tunggu drama dan filem baru lakonan Beto Kusyairy. Lame lagi ke Inchek Beto?
Ape yang aku bace melalui blog dan akhbar ade drama 13 episod Hanya Padamu yang akan ditayangkan di TV3 yang akan mula bersiaran Disember ini.  Pastu ade filem Jalan Pintas, Bravo 5 dan Balun. Mungkin ade lagi tapi tak diupdate di mana2 akhbar atau blog.

Aduhhhh...koleksi yang ade ni hari2 aku dok tengok sampai dah bleh hafal. Sbb tu tak sabo nk tunggu buah tangan baru dari Beto.








Friday, November 23, 2012

KEMATIAN ITU PASTI !!!

Kematian itu pasti. Tidak ditangguh dan tidak dicepatkan walau sesaat. Kita semua akan mati. Tiada siapapun yang boleh lari daripada kematian. Soalnya bila, di mana dan penyebabnya. Apa yang paling menakutkan ialah mati dalam keadaan tidak diredhaiNya.

Aku sentiasa memanjatkan doa agar aku dimatikan dalam Islam. Aku selalu memohon agar aku dicabut nyawa dalam redha Allah. Aku amat bimbang memikirkan amal ibadahku yang cuma secalit habuk ini. Aku risau mengenangkan dosa2 lalu..baik kecil mahupun besar. Apakah Allah menerima taubatku? Sudah terampunkah dosa2ku? Namun begitu aku terus menebus dosa2 lampau dengan selalu bertaubat dan berusaha menambah amal ibadahku secara berdikit2. Sepertimana yang pernah aku baca dan dengar, amalan itu walaupun dikerjakan secara sedikit tetapi istiqomah, insyaallah akan diterima Allah. Aku amat berharap Allah memberikan ketenangan hati walaupun dugaan berat sedang melandaku saat ini.

Bagaimanakah nasib anak2ku jika aku terlebih dahulu dipanggil mengadap Illahi? Apakah mereka akan terus belajar dan mendalami ilmu agama? Apakah akan ada orang yang sudi membimbing mereka menjadi manusia berguna? Bila aku sudah tiada nanti akan selalukan mereka sedekahkan Fatihah untukku? Akan ingatkah mereka pada segala nasihat dan ilmu kehidupan yang aku kongsikan bersama mereka selama hayatku? Adakah kedua mereka akan terus mengasihiku sepertimana selalu? Akan selalukah mereka ziarahi kuburku? Akan tetapkah mereka mendoakan ibu mereka ini agar ditempatkan di kalangan mereka yang solehah?

Semua persoalan ini bermain2 di kotak fikirku sejak akhir2 ini. Apakah ajalku sudah terlalu dekat? Kata orang tidak semua manusia diberikan kelebihan mengetahui dan merasai saat2 100 hari sebelum kematian. Lemah tulang temulangku bila memikirkan soal kematian. Beruntunglah mereka yang terpilih merasai dekatnya saat kematian itu. Sekurang2nya dengan izin Allah, mereka dapat berbuat apa yang diinginkan sebelum tiba saat itu. Barangkali meluangkan lebih masa dengan ibu ayah keluarga dan anak2. Barangkali sempat menambahkan lagi amal2 kebajikan. Aku yang jahil lagi pasrah ini hanya mampu menadah tangan memohon keampunan dan dipelihara dari kemurkaanNya. 

Kuakui pengetahuan agamaku tidaklah sebaik mana. Terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Malunya pada Allah kerana dalam usia begini masih jahil seperti ini. Terkadang aku terfikir alangkah bagusnya jika aku dapat kembali di masa lalu. Mungkin aku akan menjadi muslimah sejati sekarang. Mungkin aku bukan seorang penyanyi. Mungkin aku tidak akan bercerai-berai. Mungkin aku telah temui kebahagiaan sebenar yang aku impikan. Mungkin saja...

Tapi aku juga sedar bahawa perjalanan hidup ini telah ditentukan Allah. Segala kejahilan, segala kekhilafan dan kebodohan adalah dari kesilapan aku sendiri. Aku yang mencorakkan warna hidupku. Aku yang memilih jalan2 liku berkaca. Aku yang memberi ruang kepada segala bentuk dosa yang mencacatkan buku amalanku. Ya Rabb...kenapalah aku tidak bijak menilai? Adakah kerana umur mudaku? Adakah kerana hasutan iblis? Adakah kerana asas agamaku yang tidak kukuh? Wajarkah aku menyalahkan pengaruh sekelilingku?

Sungguh aku takut mengadapmu Ya Allah.. takut kerana kebodohan dan hasutan nafsu yang berulang. Sungguh aku malu menemuiMu tuhanku dengan catatan amalan yang sedikit ini. Itu baru memikirkan saat kematian, belum lagi soal siksaan kubur. Ya Allah jauhkanlah aku dari siksaan kubur. Lapangkanlah kuburku, terangilah ia dengan nurMu Ya Allah. Aku mohon Ya Allah...berikanlah kesempatan untukku beribadah kepadamu. Berikanlah peluang untukku membuat amal jariah. Berikanlah masa untukku menyaksikan kejayaan anak2ku kelak. Berikanlah kekuatan hati untuk aku teruskan istiqomah ini. Berikanlah ketetapan hati dan redha serta lapang dada dengan ketentuanMu. 

Doaku sekali lagi, pagi ini, agar aku dipanggil mengadapMu Ya Allah dalam keadaan yang Kau redhai. Insyaallah. Aminnnnnn...




100 HARI SEBELUM KEMATIAN

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Thursday, November 22, 2012

AWAS JERAT DOSA FACEBOOK

RAMAI di kalangan kita menyalahgunakan penggunaan media sosial seperti facebook, Twitter dan blog dari menggunakannya untuk menyampaikan mesej baik.
Akibatnya, tanpa disedari tujuan baik itu bertukar kepada perbuatan yang mengundang dosa.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap individu yang menjadi sasarannya.

Kemudian, mereka memaparkan rasa ketidakpuasan hati itu di status masing-masing sehingga ramai pula kenalannya memberi komen.

Penggemar facebook suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain.

Namun, perbuatan itu tergolong dalam perkara yang diharamkan Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya bercerita keaiban orang lain secara terbuka.

Sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini seperti ibu bapa, adik-beradik yang diyakini boleh membantu, bukannya berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.

Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : “Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya”

Bertanyalah Nabi s.a.w kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w: iaitu kamu membicarakan saudaramu mengenai sesuatu yang dia tidak menyukainya.

Kemudian Rasulullah SAW ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu menuduhnya (Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Mengumpat adalah salah satu dosa besar dan ia perbuatan tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang sudah mati.

Selain itu, ramai wanita hari ini yang mempunyai akaun facebook. Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang menginginkan kecantikan dan pujian.

Sebab itu semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka dengan pelbagai gaya dan aksi. Kesannya, ramai lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi kawan dan seterusnya mendapat maklumat wanita yang ingin dikenalinya.

Ada juga dilaporkan sebahagian lelaki berang kerana tidak ‘diterima’ menjadi rakan seorang wanita yang ditemuinya dalam laman sosial popular itu.

Akibat tidak dapat mengakses gambar wanita itu, menyebabkan ada lelaki mula menyamar menjadi wanita; meletakkan gambar mana-mana wanita dijumpai di Internet kemudian menyatakan itu dirinya.

Melalui cara itu, lelaki itu berjaya menjadi rakan dan dapat melihat semua foto wanita terbabit dan boleh buat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Wanita yang merasakan dirinya sudah ‘menapis’ sebaiknya, sebenarnya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak dikenalinya.

Sebab itu, pastikan semua gambar di dalam keadaan terjaga auratnya. Terdapat juga wanita penampilannya cukup sempurna sewaktu zaman di universiti atau sekolah.

Namun, selepas masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imej berubah begitu drastik dengan mengenakan ‘make-up’ menghiasi wajah, baju berkerlipan warnanya dan pelbagai ragam lagi.

Cukup menyedihkan apabila tersiar gambar lama tidak berpakaian menutup aurat di facebook yang disebarkan rakan lama. Tanpa disedari, ia mendedahkan keaiban diri sendiri.

Justeru, facebook boleh menjadi sumber pahala jika digunakan dengan cara yang betul dan ia juga boleh menjadi penambah dosa jika digunakan tanpa ilmu.

Niat untuk menguatkan ukhuwah antara rakan lama tidak sama sekali boleh menghalalkan sembang mesra, gurauan senda antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Janganlah mempermainkan lagi maksud ‘ukhuwah’ itu untuk melakukan dosa. Ukhuwah hanya terhad sesuatu yang membawa ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran.

(Sumber : Harian Metro )

PENGANTIN BUDAK

KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.


SEDIA...Mohd Fahmi dan Nor Fazira dapat restu keluarga.

Apek nikah Leuniey dalam 4 majlis besar-besaran


GAYA BERBEZA...riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam.
Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan. Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.
Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.
(sumber: Harian Metro)

  

Tuesday, November 20, 2012

RESIPIKU : SAMBAL JERING


Jangan cakap uols tk makan jering...nnt dulu...cuba dulu resipi aku ni..KOMPOM nok !! Ko mesti suke punye...errmmm lazat...menjilat kuali...huhu

BAHAN-BAHAN

Jering tumbuh (yg ade mcm akar2 kuar kt buah jering tu) belilah dalam sekilo ke
Cili hidup ( sukatannya sebanyak mana jering sebayak itu lah cilinya )
Cili padi yang kaw2 pedas ( suka ati kalo nak pedas letak lebih )
Ikan bilis sesuka hati byk mana nak ( digoreng )
Bawang besar ( sukatan sama mcm cili dan jering )
Gula garam & asam keping
Minyak ( banyak )

CARA-CARANYA

1. Rebus jering sampai lembut (buang le kulitnya dulu ye) then ketepikan
2. Blendkan cili hidup, cili padi dan bawang besar ( jgn risau kalo nmpk mcm byk sbb dah tumis nnt dia makin kering)
3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis kemudian ketepikan
4. Sementara tu potong jering tadi ...agak2 ye..jgn tebal sgt jgn nipis sgt
5. Goreng jering yg dah dipotong tu..jgn terlalu lama...agak2 lah ye. Angkat dan ketepikan
6. Tumis bahan yang diblend tadi ke dalam minyak yg sama. Kalo minyak sikit tambah lagi...biar banyak baru sambal jadi cantik berkilat. Boleh toskan minyak yg lebih tu bila dah siap nanti
7. Sambal tu dimasak dgn api sederhana. Jaga2 sket lantai dan dinding sbb dia melompat2..huhu
8. Kacau2 dan jgn lupa letak garam dan gula...rasa dulu...
9. Balik2kan sambal tu...tunggu dgn sabar ye sbb masak sambal ni lama sket... Sampai ko nampak kaler sambal tu dah agak2 merah hitam2 sket..pastu macam berkaca2 tu... tanda dah masak betul la tu..Pastu masukkan asam keping. Dalam sekeping or dua dah cukup.
10. Now masukkan jering kacau dan balik2kan lagi... Rasa lagi skali..
11. Bila dah agak2 bleh angkat, masukkan dalam mangkuk then taburkan ikan bilis tadi. Kalo masuk masa tgh goreng dalam kuali boleh jugek tapi lg best bila tabur je kat atas bila nk makan. Tak la hilang kerangupannye tu.. ok?
12. Dah boleh makan...dgn nasik panas2.. mmg TERBAEKKKK nok!







MOST INSANE FACE & BODY PIERCING