'O' IS FOR OLIE

Sunday, December 23, 2012

Berjimba dengan Mek T dan Mimi layan D'Adza Band

22 Disember 2012 ~ Aku sms Mekt lepas isyak. Rindu benar lama tak jumpe sahabat baik aku ni. Ingat nak ajak dia lepak makan kat Nasi Lemak Ayam Goreng Crunchy. Tapi lain plak jadiknye bile Mekt call aku dan ajak p lepak kat Royal Chulan layan D'Adza Band. Ermmm...cemane eh? Aku sebenarnye penat sebab berjalan seharian dengan Joe di Book Fair Mayhem kat Mines. Tapi at the same time nak gak jumpe dia. So Mek T cadangkan masing2 gi makan dulu.. then siap2 dalam 10.30pm gitu dia datang amek. Bajet kol 11 kitorang dah sampai sane. 

Mekt sampai je Mimi pon ikut skali. Oklah tu !! The more the merrier kata boss aku dulu. Biaselah Mimi ni banyak ketawa dari bercakap. Macam2 kitorang bualkan sambil gelak pecah2 perut. Pada Mimi aku ni kire lawak giler aaah... ape yg lawak beno tah le. Tapi dia dengan Mekt memang gelak mengekek2 aku kejekan. 



Tiba di lobby Royal Chulan Hotel kami terus ke Herritage. Ade Filipino band tengah perform. Rupenya band ni side by side dengan D'Adza Band. Semua pompuan nih! Bleh tahan!  Ok lah..boleyyyy laaaaahh... Walaupon keyboardist dia ade masalah tempo. Tapi puji gak lah sebab pandai nyanyi lagu melayu tanpa pelat. Kire ok lah pade takde...kaaaannn !!

Takde tpt duduk la plak. Ramai melayu malam ni. Ok2..faham. Semua nak berjimba malam minggu kan? But luckily budak2 waiter tu bwk kerusi dan letakkan kitorang kat sebelah pak arab mane tah. Bila Mimi dok sebelah dia aku tengok dah macam Dato Datin dah haa...Jgn marah Mi. Aku plak dok borak ngan Shahril (keyboardists D'Adza) pasal insiden kat Shangrila. Lama gak la borak ngan Shahril. Maklum lama tak jumpe.

Ok now D'Adza dah take over the stage. Ini baru ngam sebab aku tak pnah lagi tengok kwn2 aku Yanie dan Tuty perform live. Asik tengok video dorang je. Lagu2 pon very current dan menghiburkan. Lenggok tari 3 beradik ni wuuuuhuuuuuuu !! Terutamanya Rina & Tuty memang cantik lentok liut tubuh dorang ketika menari. Gugur jantung tok siak masjid ko!! Pandai dorang menari. Kalo letak aku la kat situ memang goyang2 bahu je lah kot...kalo menari sekalipon mau nampak macam Pak Maon..hahahha... Yang best tak semput lak tu dorang ni. Patut lah badan cantik. Pastu aku tingat nk request lagu Set Fire To Rain. Rindu lak nak dengar lagu ni. Tapi lain lak jadinye bile aku lak yg dipanggil naik atas nyanyi. Aduhhh...terus parkinson jap. Sejuk kaki tangan nak naik stage tu. Dah le aku pakai sememeh je ni. Nasib baik lah ade skrin lirik kat bawah kaki aku...ermm...kotidak Set Fire To The Rain mau jadi Set Fire To Olie lah jwbnye ! Dah dapat mic tu aku lupe diri lah jap. Biase lah kan? Wat konsert sendiri atas stage org...boley? Ok setel ! Siksa aku dah habissss !!





Masa break time kami amek kesempatan bergambar dan berborak dengan band. Walaupon aku dengan Yanie & Tuty  dah kenal sebelum ni tapi tk penah ade kesempatan nak p tgk dorang perform sebab aku pon perform gak time tu.










Seronok jugak kuar malam gini dgn geng2..gelak2 dan borak2 tu yg penting. Walaupon Mekt tak abis2 nak bergambar je kejenye...hahahaha...oittt sawan camera ke ape ko ni hah?  Aku jarang kuar malam, maksud aku gi layan live band. Dah lama sgt tak tgk live band. Ye lah asik perform je mane ade mase nak p tgk band2 kwn2 kan?

Aku rase aku kene gi lagilah...supaya dpt update current songs. Ketinggalan sgt dah aku ni. Huhu...

Tq Mekt & Mimi for the treats...





Saturday, December 22, 2012

BETO KUSYAIRY DALAM PEMENTASAN TEATER RAMLEE FESTASI

Beto Kusyairy telah terlibat dalam pementasan teater Ramlee Festasi yang telah berlangsung selama 3 hari berturut2, 14 hingga 16 Disember 2012. Ada dua sessi jam 3 petang dan 8.30 malam. Promosi rancak yang dibuat oleh Beto sendiri di laman twitter beliau mendapat sokongan dan respon yang memberangsangkan oleh penyokong2 beliau, termasuk aku.





Kenangan Manis di DBP Stor ~ Teater Ramlee Festasi


Aku sampai awal. Pegi dgn Nisa. Penting ni bwk anak aku sbb dia akan jadi cameraman aku.  Datang awal sbb akut tak dapat tempat. Dengornye ramai nak turun. Aku pegi 2 sebab. Satu of coz lah pasal Beto. Dan yg kedua pasal adik aku Ayop yg jadi MD utk teater ni. Sampai je claimed tiket yg aku dh booking. Selamat!

Looking around nampak plak wife Beto, Tisha. Nak gi tego ke tak? Segan lak rase...errmm tkpe gi je.
Bile aku kenalkan diri dan salam ngan dia, Hi Tisha, Olie..sambil hulur tgn. Dia macam igtkan sesuatu pastu ckp Olie...Manjalara? Yup2...aku jwb. Terus duduk and borak2 dgn dia. Nice sweet and frenly.



Aku berjalan ke tepi sebelah pintu masuk. Aku nak merokok jap. Hujan mula rintik kat luar. Sempat jumpe dan bersalaman dengan pelakon Amerul (Tajudin dalam Warkah Terakhir). Kemudian aku nampak Tisha on the phone lalu depan aku...pastu dia cakap ~ come ! come ! Aku pon ikut lah. Ya Allah dari jauh aku nampak Beto tengah berdiri kat ujung sana. Lemah lutut jap aku jadinya beb! Beto Kusyairy ok? Himself! Aduuuhhh aku berjalan mcm dah hilang lutut. Bersalaman dengan dia bibir dan tangan aku terus jadi parkinson. Boleh plak airmata ni nak terkeluar.. Buat malu je depan Beto. Beto hanya senyum dan gelak2 kecil. Ya Allah hensemnye dia! Comelnya bibir dia. Dia lagi hensem in person. Seriously! Dia ketawa bila aku tampar2 dinding sbb mcm tak caye je dapat jumpe dia. Sebelum show ok? Best2!!

Pengarah teater umumkan kene tunggu lagi 20min sbb nak rearranged the sittings. Tak sangka begini ramai yg showed up katanya. Dan bila pintu dibuka dengan bangganya akulah org pertama yg melangkah masuk. Yeayyy ! Terus carik spot yg best skali utk capture all the moments later. Yessss!!

Lampu bahagian penonton digelapkan. Ramlee Festasi bermula! Tak sabar tak sabar tak sabarrrr !!
Sejuta bintang di angkasa...opening song Lagenda. Dan.... there he is!  Beto menyanyi !! Aku ingat lagi part dia : Sinarnya mempersona... Wowowo...jantannya suara Beto! Best2.





Mata aku tk lepas2 tgk pada Beto je. Kagum dan bangga dengan dia! Walaupon ini bukan teater pertama aku tonton tapi perasaan teruja kali ni lebih sket. Melonjak2. Sebab Beto! Semuanya sebab Beto!

Beto bergandingan dengan Crissie Suzzane sebagai pasangan kekasih yang membicarakan tentang cinta mereka, tentang anganan nak berkahwin, tentang prinsip cinta mereka, tentang persahabatan dan masa depan janji cinta mereka. Melihat Beto from a different side of him aku rasa sungguh berbeza. Dia memerankan watak Sulaiman bin Abd Raof tu dgn seluruh jiwanya. Ada moment nakal. Ada moment sinikal. Ada moment bimbang dalam diri Sulaiman tentang masa depan cintanya bersama Iman binti Yusof.


Aku paling suka saat Sulaiman memperlekehkan persepsi Iman tentang cinta. "Bagi aku cinta tu pelik. Cinta tu pelik. Macam kau! Kau manusia pelik. Cara kau jalan pelik. Cara kau bagi reaction pelik. Cara kau fikir pelik. Cinta macam budak2..tak ke pelik namanya tu? Sebab tu aku suke ngan kau. Aaaa itu nama dia cinta"



Babak2 lucu yang diangkat daripada filem2 seniman agung P.Ramlee mmg sangat santai. Sbb aku mmg dekat dengan filem2 komedi Tan Sri P.Ramlee makanya aku rasa sgt selesa dengan pementasan ini.. Para pemeran pon sangat berjiwa dan meninggalkan impak yg bukan kecil kepada penonton. Penonton bersorak, ketawa, terdiam saat babak sedih. Dan aku sibuk merakam video! Hahahahahah















Beto menyanyi !! Wow!! Aku bukanlah nk puji dia sbb aku gile kat dia. Tapi seriously he can sing. Suara dia bleh tahan tinggi lah pitchnye. Jelas. Aku terus rasa kagum dengan kebolehan Beto menyanyi. Terus masuk idea2 (angan2 sebenarnye) nak mintak tolong Ayop composekan 1 single. Very catchy. Very santai. Very good. Aku nak duet dgn Beto. Kata Ayop : Mau gout Beto dengar ko nk soh dia duet ngan ko ni olie! Hahahaaa... Alaaaaaaahh belum tanye lagi so mane la kite tau dia nk ke taknak kan?

Aku bangga dengan pementasan teater ini. Aku bangga kerana anak2 muda melayu kita berjuang dalam produksi yang sekecil ini. Sungguh telus dan ikhlas. Ramai antara mereka yang pandai menyanyi dengan suara yang bagus. Biar aku sebutkan nama mereka di sini Kirin Muhamad, Awang SurniaFizul Pengiran Kareem, Watanabe Wacha dan seorang lagi ialah pelakon perempuan yang bersuara lunak ( aku tak pasti namanya) Sedaaaappp sgt sura mereka ni ! Kagum !!


"Dengar ...Oh jeritan batinku.." Aduuuuhhh menikam2 kalbuku bila Kirin mengalunkan lagu ini. Sedap gile kot! AyO! Berdirilah semua bulu selagi ade! hahahah..Memang bole jatuh cinta dengar suara Kirin ni tau. Kredit juga utk adik aku Ayop sebab berjaya sebagai Music Director. Bagus arrangements ko adik! Terutama lagu Hoi hoi ya hoi! dan Jangan Tinggal Daku. Bertambah2 kredit utk ko adik sbb Beto yg nyanyi ...hehehhe. Tak sangka lak suara Beto lantang begitu..high pitch u ! Tahniah Beto! I lebiu lah... eh tetiba...kaaaaaaaann...



Sebaik tamat lagu Jangan Tinggal Daku maka tamatlah juga pementasan Ramlee Festasi (walaupon tkde pentas) Aku bingkas bangun memberikan standing ovation. They deserved it yawl ! Terus bertepuk sorak tanpa henti sehingga kesemua pelakon menghilang di sebalik pintu. Rasa puas sangat!! Dannnn....yesssssss Beto keluar semula. Apa lagi ramailah yang serbu dia untuk bergambar. Aku hanya perhatikan dari jauh je. Biarlah dulu. Fikirku kalau ade rezeki aku, dapatlah aku berjumpa dia lagi sekali sebelum balik. Tapi Beto sempat memberi isyarat dan aku mengangguk tanda faham. Ok. Faham. Aku tetap akan tunggu walau lama cemane pon....

Beto berjalan ke arah aku sambil tersenyum. Bak kata S.Kadarisman dalam Tiga Abdul ~ Errrrgghhhmmmm manisnyehhhh!! Ya Allah rase macam jumpe harta karun ko ! Ke langit aku malam ni! Kami berbual. Kami bergurau. Kami bergelak sakan. Kami bergambar. Semuanyalah...!! Autograph yang dia tandatangan untuk aku walaupon ink pen tu dah macam tak berapa nak ade, Beto sedaya upaya menulis sambil kibas2 pen tu kot2 mau keluar dakwatnya. Aku simpan baik2 kertas tu. Beto tulis ok?!! Yesssssss !! Aku terharu jap bila Beto kata betapa malunya dia menyanyi depan aku tadi..........
 ( hello Inchek Beto, saya ni menyanyi bukan handal manepon...jgn risau) Tapi disebabkan sikap semulajadinya yang down to earth buat aku rase sangat dihargai. Aku rasa teramat bertuah kerana Beto melayan aku agak lama berbanding peminatnya yang lain malam tu. Kene loteri aku malam ni!!  Aku tau dia penat. Aku nampak dia penat. Tapi dia tetap dengan senyuman manisnya yang buat aku rasa nak tapau dia balik pastu letak dalam bekas kaca..letak dalam bilik aku...bleh tenung hari2..hehehehe..Weh gurau je... Beto bace ni kang mau dia igt aku saiko lak..hahaha !! Seriously gurau beb.. Tapi memang dengan seikhlasnya dia melayan aku dan peminat2nya yang datang malam tu. Alhamdulillah. Aku bersyukur dan berterima kasih. 


Walau apapon, 16 Disember 2012 telah mencatatkan satu lagi peristiwa maha penting dalam hidup aku. Aku, Beto Kusyairy dan Ramlee Festasi. Akhirnya!! Aku dapat bertemu, berbual dan mengenali sedua persen Beto Kusyairy figura yang amat aku kagumi, minati, sayangi dan hargai..Biarpon dalam waktu sesingkat itu.

Terima kasih Beto Kusyairy! Terima kasih Ayop adikku! Terima kasih 16 Disember!! Terima kasih Ramlee Festasi!
 









Friday, December 14, 2012

IMBAS KEMBALI DRAMA & TELEMOVIE LAKONAN BETO KUSYAIRY

Bercakap mengenai lakonan Beto Kusyairy aku percaya ramai yg sependapat dgn aku. Lakonannya bersahaja dan penghayatannya hebat. Cair hati dibuatnya. Aku terbuai dalam watak yang dibawakan Beto. Dasyat wO kuasa Beto !!

Paling aku tertarik ialah telemovie Sesungguhnya. Aduuuhhh...watak Anuar yang setia menanti cinta bekas isterinya sehingga tak mampu menerima cinta yang lain. Setianya Anuar sehingga dia berperang dgn kemahuan hati dan kebahagiaan baru Lela lakonan Sharifah Amani. Itulah yang aku dok fikir selama aku 'mengenali' Beto, wujudkah lagi lelaki seperti Anuar di alam nyata? Kalau ada aku NAAAAKKK !! Aku jugak terfikir adakah Beto sebagai Nur Kusyairy Zakuan bin Osman juga seromantik ini? Wooooooohuuuuuuu!!

Kat bawah ni klip yang aku edit untuk tatapan semua. Babak ni paling menyentap jiwaku. Beto nangis beriye uols! Comelnye muke dia cebik2 bibir mase nangis... Owh my Beto !


Ini pulak watak Beto dalam Geng Surau. Sweetnya dia dalam drama ni.Story line bagus. Lakonan mereka yang terlibat sgt2 best. Aku boleh tengok ulang2 setiap hari. Sanggup tak tido sebab download full episod drama ni dan 'pengorbanan' aku berbaloi. Seriously!! Mmg watak Beto bessssttt!! Lain lah pada selalu. Selalu tu dia kan dewa cinta...huhu. Dalam Geng Surau aku suka sgt bila flashback scenes tunjuk kenakalan dia masa digelar Mayat. Aku paling suke memek muke dia yg cute dgn mata bulat dia tu, bibir yg dia congitkan sket pastu dia akan tegangkan leher dia kiri kanan setiapkali nk commit 'crime'. Dan lagi part paling best bila dia ketawa kuat2, ketawa jahat. Suke sgt !! Suke!! Suke!! Suke!!




Berlainan pula watak Beto sebagai Zukri dalam - Takbur Seorang Isteri. Pada aku telemovie ini biasa2 saja. Cuma yang luar biasanya sebab Beto ada...hehehe... Biasalah aku kan peminat dia nombor 1 dlam semua yg dok ngaku peminat nombor 1 Beto. Selalunya kita biasa tengok Beto membawakan watak baik2 je...kekasih yg setia..anak yg baik...tp kali ni bleh tgk another side of him bila jadi anak yang lupa diri dan mula sombong bila dah kaya. Cara dia menyampah bila ayah dia call. Kasar dan very2 the sombong one ! Tapi besttttttt !! Gabungan Beto dan Nabila Huda memang membuahkan lakonan yang amat berkesan. Syabassshhh betei !



Runtuhnya Sebuah Dosa - arahan Eirma Fatima membariskan pelakon yang bagus2 dan pastilah Beto Kusyairy yang mendesak keinginan aku nak spend all night downloading this telemovie. Tapi ade sedikit kekecewaan bila watak Beto kurang ditunjukkan tentang kealpaan dan kejahilannya dalam agama. Kalau tunjuk lebih kan best. 





Aku tak pernah tau pon sebelum ni ada telemovie Uri ni di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat padahal aku mmg subscribe pon. Pulak tu tahun lepas kot... Ciiiissss !! Ke mana aku time tu? Nape aku tk berkesempatan nak tgk? Aduuuuuu !! Oooo baru ingat aku kan keje malam. Sure thing tk dapat tengok. Ape lagi mencarik keliling nak download cite ni. Akhirnya jumpe uols! Aaahhh gumbiranya hati. Downloading takes all my life untuk siap. Tapi tkpe..Beto punye pasal kan..

Beto nampak very the budak..comel and cool. Ada amarah dalam dirinya yang tak terluahkan. Kesungguhannya mengembara ke Sarawak dan menempuh pelbagai insiden yang buat dia pelik dan rasa nak give up dalam mencari asal usul kelahirannya. Aku meletakkan diri aku dalam Rahmat. Agaknya mampukah aku? Beranikah aku? Ya lah dia lelaki, apa jadi pon dia hero ! Tapi kalau bukan dia siapa lagi yang nak tolong bongkarkan roots dia. Babak2 cinta yang terbit antara Rahmat dan Mining berlatarkan matahari yang hampir terbenam sangat cantik. Lawa sangat. Tunku Norhanis pon nampak lebih cantik daripada wataknya dalam Selagi Masih Ada.


Selagi Masih Ada - memang menyentuh perasaan. Watak Beto sebagai Harith yang sgt comel dan manja bila membahasakan dirinya sebagai Ha kepada ibunya. Kisah cinta yang bermula dengan pandang pertama lensa ini menggandingkan Beto sekali lagi dengan Tunku Norhanis. Nakalnya dia masa dia mengorat Dahlia. Dia nampak sgt penyayang and full of suprises dalam cite ni. Dia sgt sabar dan sangat romantik. Aaargghhhhhh Harith !!


Nanti aku sambung lagi entri ni. Ade hal nak bikin. Sambil buat keje sambil pasang Geng Surau. Terhibur rase hati petang2 gini. Ni tengah download drama2 bersiri Beto spt Sirrun, Pelangi Kasih, Cita & Cinta and nak carik dan gali lagi kot2 ade yang belum masuk senarai.

Chow!!









BABAK DOSA



KUALA LUMPUR: “Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.
Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.

Wednesday, December 12, 2012

RAMLEE FESTASI ~ FEATURING BETO KUSYAIRY






Insyaallah Beto Kusyairy akan terlibat dalam pementasan Ramlee Festasi yang bakal berlangsung selama 3 hari bermula daripada 14 hingga 16 Disember ini. Jom! Ramai2 berikan sokongan kepada teater ini dan Beto Kusyairy. Tiket berharga RM10 boleh ditempah melalui nombor yang tertera di dalam poster di atas.

Tak sabar nak saksikan 'permainan' Beto di pentas teater ini. Teruja betul. Pasti hebat !!


Friday, December 07, 2012

Bintulu

Ada 2 negeri yang aku tk pnah pegi dalam Malaysia ni iaitu Sarawak dan Kelantan. Tapi baru2 ni peluang tu tiba bila dapat buat show untuk pembukaan cawangan baru SME Bank di Bintulu. Pada 2 Disember aku terbang ke Bintulu dengan Air Asia. Perjalanan ke LCCT agak sesak jugak...berlari aku check in...berpeluh2.. bila sampai kt gate je dengar pengumuman flight delayed dari kol 505 ke 530pm. Nasib Aarrgghhh !! Penat je tau !! Nasib baik ade wifi ...so aku belek2 la Fb, Instagram...then boring lagi main game je lah. Nasib baik tak lama sgt...






Sampai di airport Bintulu dah ada yang menunggu untuk ke tempat kejadian. Alhamdulillah. Jauh gak dari airport rupenya. Sampai sana aku terus jumpa abg soundman untuk check cd and what not. Abg soundman tu Wahid namanya, bagitau kol 9 baru bleh buat soundcheck. Ok no prob..aku pon terus check in hotel yang terletak belakang bangunan SME Bank tu.

Ed dan Omar hantar aku sampai ke bilik dan pesan jumpa kat lobby kol 9pm. Kecil dan comel bilik ni..suke aku. Takde lah aku takut sangat nk tido nanti.. So aku mandi dan rehat2 jap sambil tengok tv. Hujan renyai2 kat luar tu. Sejuk siot. Baik tutup aircond. Aku buka tingkap dan dapat dengar suara2 orang tengah rancak berkaraoke kat bar di bawah. Bingit jugak ni...






Kol 915 aku turun dan jalan ke sana. Dekat sangat. Ed dengan Omar nak drive aku ke sana. Aku cakap takyah lah...bole jalan kaki je ape...Huhu...Sampai je takde bunyi apa2 pon...aikk abg soundman ni dah blah ke? Oooo rupenya komiti tengah meeting. Orait...no prob... Aku tunggu je sampai dapat signal bila boleh start soundcheck. Sambil2 tu sempat la berborak dan beramah mesra dengan kawan2 baru. 






Ok meeting dah siap. Aku start soundcheck. Hujan tak reda lagi. Ada la dalam 20 lagu aku try..budak2 crew mintak aku nyanyi utk hiburan dorang sambil buat keje... Ok...no prob. Aku nyanyi dan nyanyi... Pastu ade lak makhluk2 yang entah dari mane dok usyar aku nyanyi pastu menari2..kasik isyarat tangan - BEST ! Hahahaa...tq2...ingatkan dorang nak marah kot2 bising ke kan...  Sampai lah kol 1 aku pon dah penat, aku terus balik hotel.Hujan renyai2..mesti best tido malam ni...






Masuk je bilik ingat bleh tido...ermmm memekak lak puak2 karaoke kat bawah tu. Aku tutup terus tingkap...baru aman sket. Tapi sejuk menggigil la plak. Aku dah adjust temperature pon sejuk gak. Langsung aku tutup je...  Main game sambil2 jeling tv... sudahnye kol 4 gak aku tido...

Bangun kol 8 pagi. Perut dah bergendang. Takleh jadik ni..kene p carik makan. So mandi siap2 turun bawah nampak ade restoren D'Manis betul2 kat depan hotel. Ok...serbu!! Lawa gak restoren ni. Ada potret P.Ramlee, Sudirman dan Seniwati Latifah Omar. Klasik.

Ermm nak makan ape ye? "Ade ape for breakfast dik" - " Nasi lemak baru nak siap, yang lain semua ada"- " Ok..telur separuh masak 2 biji, roti bakar 1 set."- " Err...roti bakar? Tiada.."- (hiiisshh tadi kata yg lain seme ade?) "Oklah mee goreng ade tak?" - "Ada"- "ok mee goreng dgn neskefe O"

Lama gak tunggu sampai pon mee gorengnya. Bila dah abis aku mintak bil terkejut ungka gak sekejap. Semua RM9.70. Wow! "MURAHNYEEEEE!!" Mee goreng bodoh camtu 7 hengget? Fuyyo! Ni tokey dia bleh ulang alik gi London balik ari ni...Gggrrrr...!! Tapi nasib baik gaklah rasa dia sedap. 






Ok naik atas dah nak kol 11. Better mandi lagi skali. Baju dah iron - Checked! Pumps dah masuk dalam beg - Checked! Ipad dah full battery - Checked! Ok now time paling benci skali - make up!
Kan best kalo ade org tolong mekapkan... Mekap dah siap. Hujan lebat la plak kat luar. Aduuuuuuhh cemane nak menyanyi ni? Mau bertambah lebat siap guruh berdentum kalau aku start nyanyi nanti...huhu...

Ok dah tiba giliran aku buat persembahan. Dipersilakan Cik Ollie Manjalara ! Emcee tu announced. Aku naik stage rasa gementar gak..tapi sekejap je...pegang mic je trus feeling2 mcm buat konsert. Hahahaha... Disebabkan show aku tu masa tetamu tengah menjamu selera makan tengahari, aku terpaksa rombak lagu2 yang aku dah list down tadi. Lagi satu sebab note stand tak sampai2 dari tadi abang soundman tu pegi amek. Nasib baik ade rostrum, bleh la aku letak ipad aku. Bukan semua lagu aku hafal. So aku mulakan dengan Biar Bulan Bicara. Tapi muzik tak keluar2 ni...Dari atas stage aku nampak budak soundman tu dah macam parkinson...dok tekan sana sini. Penyudahnya abang soundman sampai je terus take over. Fuuhhh....selamat... Alhamdulillah nampak tetamu layan je aku nyanyi. Paling best bila aku nyanyi Engkau Laksana Bulan. Bukan main lagi pakcik2 tu sambil ngunyah pon dorang nyanyi sama2. Ada la dalam 7,8 lagu kot aku nyanyi. Seronok sangat !!











Ok masa dah time! Aku akhiri show aku dengan lagu Fever. Turun pentas aku sempat singgah dari meja ke meja bersalaman dengan para tetamu. Dah terbiasa kalau time keje kat hotel tu lepas nyanyi jumpa guests dulu sebelum take a break kan.. Tetiba ada pakcik ni dari jauh dia dah standby nk bangun salam dengan aku.. " Cik, saya mau salam" Alamak tersentuh lak hati aku. Bertambah2 terharu bila Inchek Shahrul (organizer yg terbangkan aku ke Bintulu) puji2 dan puas hati dengan persembahan aku. Alhamdulillah. Aku rase senang dan lega kalo client puas hati. Orang dah bayar kite, layanan pon bagus takkan nak buat hancai boncai btul tak? Kepercayaan orang beri kite kene jaga. Inchek Shahrul kata : "I tak risau langsung, i know u can handle the show" Dah settle semua, tetamu kehormat Menteri Muda Pelacongan Sarawak pon dah berangkat pulang, aku terus gi kat katering, lapar lak rasenye. Dasyatnya katering ni crew dia semua makcik2 tua. Bayangkan dorang angkat dulang ulang alik ke khemah. Kesian plak tengok. Tapi hidangan memang marvelous!  Sedapppp ! Tapi aku makan sket je.



Balik hotel, mandi manda...rehat dan tgk tv. Rase cam ngantuk tp takleh nak tido la plak. So aku msg Shahrul kot2 ade plan nk bawak aku jenjalan kan... Agaknya dia pon melingkar kat bilik. Senyap je.. Dalam kol 10 camtu Sharul datang lepak kat bilik aku, ajak p makan. Dia nak belanja katanya. Yeayyyy!!

Kitorang pegi D'Manis. Order dan lepak borak2 pasal function siang tadi. Agak lewat gak aku naik bilik. Shahrul kata esok nak bawak aku p pasar tamu before leaving for KL. Ok! Best2..

Pagi ni check out..gi breakfast kat bandar, makan mee kolok. Sedap tapi banyak menimbun, Tak terhabis semua makan. Dah kenyang kitorang gerak ke Pasar Tamu. Macam2 bende pelik aku tengok kat sana. Aku cuma beli buah 2 kilo. Nama aku tak tau. Tapi rasenye sedap bangat dow ! Dah letih shopping terus gerak ke airport.















Ed & the gang tolong bungkuskan buah yang aku beli tapi malangnya tak dapat bawak naik flight sebab ade bau. Ermmm...Ed kata takpe dia uruskan poslaju. Lepas bersalaman berpelukan dan ucap terima kasih yang tak terhingga atas layanan baik dari dorang semua, aku pon naik la atas nak boarding la konon ...HUHHH!! Flight delayed sbb cuaca buruk. Kol 355 patutnya..kene tunggu kol 630 !! Ayo!! 






Aku dah lemau, lunyai dan ngantuk. 4 kali kot aku minum kat kedai jual kek lapis tu. Puas main game aku turun ke bawah. Naik turun naik turun sampai budak pompuan yang keje kedai cincin platinum tu pon dah sembang macam kawan lama dah dgn aku. Segala macam mak nenek cincin, rantai dia suruh aku try.. Tapi boleh kire sebelah tangan tak sampai ...tak banyak kedai. Tak menarik langsung la airport Bintulu ni. Gggrrr....

Kol 630 dalam hujan ramai2 jalan menuju ke kapalterbang. Masuk je aku plan nak tido. Tapi tak dapat sebab ade gangguan bau nafas yang datang dari orang sebelah aku. Terpaksalah tutup hidung sepanjang perjalanan. Migraine aku jadinya. 2 jam kemudian sampai lah LCCT. Lega!! 

Balik ke ampang, Nisa ajak lepak minum dulu kat Zan. Penat tapi takpelah kesian pulak kat anak aku. Lepak dengan Sam dan Nisa sampai kol 1 rasenye...then balik umah. Takleh nak tido lah plak..penat sangat kot. Alih2 dah kol 6 pagi...aku layan 4 dvd skaligus... Ermm bila nk ngantuk ni? 

Tapi ape pon aku nak ucap terima kasih byk2 pada Shahrul yang percaya bakat aku. Tq my dear. Nanti panggil lah lagi ye... 

Ok skang dah kol 3 pagi 7 Disember. Ade lebih baik aku cuci mekap ni... balik dari replace kat KL Tower tadi. Belum mandi dan takmau mandi sebab sejuk. Cuci muka je lah...pastu kalo bleh tido aku tido...kalo tak aku main game ke ape ke...

Ok chow !