'O' IS FOR OLIE

Thursday, January 31, 2013

BETO KUSYAIRY & HIS COOL T-SHIRTS




BETO KUSYAIRY COOL DGN KEMEJA KOTAK2NYA...


Perasan tak Beto Kusyairy sering muncul dengan kemeja kotak2? Comel kan? Ini antara puluhan kemeja kotak2 yang dia ada..(mungkin beratus..barangkalilah)

Beto juga selalu pakai T Shirt yang cool...mesti lawa2 t-shirt yang dia pakai.. nnt aku upload gambar ye

Wednesday, January 23, 2013

KEGILAAN BARU AKU ~ INSTAGRAM

Aku bukannya jenis yang celik IT sangat. Aku sekadar tau bermukabuku, bertwitter dan menulis blog secara suka2. Tapi bila aku kenal Instagram, aku jadi gila. Gila membelek gambar2 yang cantik, yang unik dan yang kreatif terpapar di skrin Instagram. Aku lebih senang dengan Instagram kerana hanya gambar dan caption serta komen dari followers. Senang. Tak semak otak.

Aku berangan menjadi photographer yang pandai merakamkan peristiwa. Aku nak jadi gitu. Tapi aku belum punya kamera canggih untuk merealisasikan impianku yang satu ini. Dalam Instagram, aku paling suka membelek gambar2 oleh Remy Ishak. Gambar2nya ada cerita tersendiri. Aku juga suka dengan gambar2 Azhan Rani. Gambar2nya selucu dia. Juga gambar2 oleh Syamil Fisdaus dan Azree Ismail. Aku juga berminat dengan gambar2 Zulhuzaimy, Tiz Zaqiah, Azma Aizal Yusoof, Zain Hamid, Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Sharifah Amani dan of coz lah Beto Kusyairy. 

Di bawah ni antara gambar yang aku dah post kat Instagram aku sendiri. Takdelah gempaq pon.. sekadar berkongsi.

































































































So marilah beramai2 berinstagram bersamaku !