'O' IS FOR OLIE

Friday, November 23, 2012

KEMATIAN ITU PASTI !!!

Kematian itu pasti. Tidak ditangguh dan tidak dicepatkan walau sesaat. Kita semua akan mati. Tiada siapapun yang boleh lari daripada kematian. Soalnya bila, di mana dan penyebabnya. Apa yang paling menakutkan ialah mati dalam keadaan tidak diredhaiNya.

Aku sentiasa memanjatkan doa agar aku dimatikan dalam Islam. Aku selalu memohon agar aku dicabut nyawa dalam redha Allah. Aku amat bimbang memikirkan amal ibadahku yang cuma secalit habuk ini. Aku risau mengenangkan dosa2 lalu..baik kecil mahupun besar. Apakah Allah menerima taubatku? Sudah terampunkah dosa2ku? Namun begitu aku terus menebus dosa2 lampau dengan selalu bertaubat dan berusaha menambah amal ibadahku secara berdikit2. Sepertimana yang pernah aku baca dan dengar, amalan itu walaupun dikerjakan secara sedikit tetapi istiqomah, insyaallah akan diterima Allah. Aku amat berharap Allah memberikan ketenangan hati walaupun dugaan berat sedang melandaku saat ini.

Bagaimanakah nasib anak2ku jika aku terlebih dahulu dipanggil mengadap Illahi? Apakah mereka akan terus belajar dan mendalami ilmu agama? Apakah akan ada orang yang sudi membimbing mereka menjadi manusia berguna? Bila aku sudah tiada nanti akan selalukan mereka sedekahkan Fatihah untukku? Akan ingatkah mereka pada segala nasihat dan ilmu kehidupan yang aku kongsikan bersama mereka selama hayatku? Adakah kedua mereka akan terus mengasihiku sepertimana selalu? Akan selalukah mereka ziarahi kuburku? Akan tetapkah mereka mendoakan ibu mereka ini agar ditempatkan di kalangan mereka yang solehah?

Semua persoalan ini bermain2 di kotak fikirku sejak akhir2 ini. Apakah ajalku sudah terlalu dekat? Kata orang tidak semua manusia diberikan kelebihan mengetahui dan merasai saat2 100 hari sebelum kematian. Lemah tulang temulangku bila memikirkan soal kematian. Beruntunglah mereka yang terpilih merasai dekatnya saat kematian itu. Sekurang2nya dengan izin Allah, mereka dapat berbuat apa yang diinginkan sebelum tiba saat itu. Barangkali meluangkan lebih masa dengan ibu ayah keluarga dan anak2. Barangkali sempat menambahkan lagi amal2 kebajikan. Aku yang jahil lagi pasrah ini hanya mampu menadah tangan memohon keampunan dan dipelihara dari kemurkaanNya. 

Kuakui pengetahuan agamaku tidaklah sebaik mana. Terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Malunya pada Allah kerana dalam usia begini masih jahil seperti ini. Terkadang aku terfikir alangkah bagusnya jika aku dapat kembali di masa lalu. Mungkin aku akan menjadi muslimah sejati sekarang. Mungkin aku bukan seorang penyanyi. Mungkin aku tidak akan bercerai-berai. Mungkin aku telah temui kebahagiaan sebenar yang aku impikan. Mungkin saja...

Tapi aku juga sedar bahawa perjalanan hidup ini telah ditentukan Allah. Segala kejahilan, segala kekhilafan dan kebodohan adalah dari kesilapan aku sendiri. Aku yang mencorakkan warna hidupku. Aku yang memilih jalan2 liku berkaca. Aku yang memberi ruang kepada segala bentuk dosa yang mencacatkan buku amalanku. Ya Rabb...kenapalah aku tidak bijak menilai? Adakah kerana umur mudaku? Adakah kerana hasutan iblis? Adakah kerana asas agamaku yang tidak kukuh? Wajarkah aku menyalahkan pengaruh sekelilingku?

Sungguh aku takut mengadapmu Ya Allah.. takut kerana kebodohan dan hasutan nafsu yang berulang. Sungguh aku malu menemuiMu tuhanku dengan catatan amalan yang sedikit ini. Itu baru memikirkan saat kematian, belum lagi soal siksaan kubur. Ya Allah jauhkanlah aku dari siksaan kubur. Lapangkanlah kuburku, terangilah ia dengan nurMu Ya Allah. Aku mohon Ya Allah...berikanlah kesempatan untukku beribadah kepadamu. Berikanlah peluang untukku membuat amal jariah. Berikanlah masa untukku menyaksikan kejayaan anak2ku kelak. Berikanlah kekuatan hati untuk aku teruskan istiqomah ini. Berikanlah ketetapan hati dan redha serta lapang dada dengan ketentuanMu. 

Doaku sekali lagi, pagi ini, agar aku dipanggil mengadapMu Ya Allah dalam keadaan yang Kau redhai. Insyaallah. Aminnnnnn...




100 HARI SEBELUM KEMATIAN

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

No comments:

Post a Comment