'O' IS FOR OLIE

Friday, December 14, 2012

IMBAS KEMBALI DRAMA & TELEMOVIE LAKONAN BETO KUSYAIRY

Bercakap mengenai lakonan Beto Kusyairy aku percaya ramai yg sependapat dgn aku. Lakonannya bersahaja dan penghayatannya hebat. Cair hati dibuatnya. Aku terbuai dalam watak yang dibawakan Beto. Dasyat wO kuasa Beto !!

Paling aku tertarik ialah telemovie Sesungguhnya. Aduuuhhh...watak Anuar yang setia menanti cinta bekas isterinya sehingga tak mampu menerima cinta yang lain. Setianya Anuar sehingga dia berperang dgn kemahuan hati dan kebahagiaan baru Lela lakonan Sharifah Amani. Itulah yang aku dok fikir selama aku 'mengenali' Beto, wujudkah lagi lelaki seperti Anuar di alam nyata? Kalau ada aku NAAAAKKK !! Aku jugak terfikir adakah Beto sebagai Nur Kusyairy Zakuan bin Osman juga seromantik ini? Wooooooohuuuuuuu!!

Kat bawah ni klip yang aku edit untuk tatapan semua. Babak ni paling menyentap jiwaku. Beto nangis beriye uols! Comelnye muke dia cebik2 bibir mase nangis... Owh my Beto !


Ini pulak watak Beto dalam Geng Surau. Sweetnya dia dalam drama ni.Story line bagus. Lakonan mereka yang terlibat sgt2 best. Aku boleh tengok ulang2 setiap hari. Sanggup tak tido sebab download full episod drama ni dan 'pengorbanan' aku berbaloi. Seriously!! Mmg watak Beto bessssttt!! Lain lah pada selalu. Selalu tu dia kan dewa cinta...huhu. Dalam Geng Surau aku suka sgt bila flashback scenes tunjuk kenakalan dia masa digelar Mayat. Aku paling suke memek muke dia yg cute dgn mata bulat dia tu, bibir yg dia congitkan sket pastu dia akan tegangkan leher dia kiri kanan setiapkali nk commit 'crime'. Dan lagi part paling best bila dia ketawa kuat2, ketawa jahat. Suke sgt !! Suke!! Suke!! Suke!!




Berlainan pula watak Beto sebagai Zukri dalam - Takbur Seorang Isteri. Pada aku telemovie ini biasa2 saja. Cuma yang luar biasanya sebab Beto ada...hehehe... Biasalah aku kan peminat dia nombor 1 dlam semua yg dok ngaku peminat nombor 1 Beto. Selalunya kita biasa tengok Beto membawakan watak baik2 je...kekasih yg setia..anak yg baik...tp kali ni bleh tgk another side of him bila jadi anak yang lupa diri dan mula sombong bila dah kaya. Cara dia menyampah bila ayah dia call. Kasar dan very2 the sombong one ! Tapi besttttttt !! Gabungan Beto dan Nabila Huda memang membuahkan lakonan yang amat berkesan. Syabassshhh betei !



Runtuhnya Sebuah Dosa - arahan Eirma Fatima membariskan pelakon yang bagus2 dan pastilah Beto Kusyairy yang mendesak keinginan aku nak spend all night downloading this telemovie. Tapi ade sedikit kekecewaan bila watak Beto kurang ditunjukkan tentang kealpaan dan kejahilannya dalam agama. Kalau tunjuk lebih kan best. 





Aku tak pernah tau pon sebelum ni ada telemovie Uri ni di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat padahal aku mmg subscribe pon. Pulak tu tahun lepas kot... Ciiiissss !! Ke mana aku time tu? Nape aku tk berkesempatan nak tgk? Aduuuuuu !! Oooo baru ingat aku kan keje malam. Sure thing tk dapat tengok. Ape lagi mencarik keliling nak download cite ni. Akhirnya jumpe uols! Aaahhh gumbiranya hati. Downloading takes all my life untuk siap. Tapi tkpe..Beto punye pasal kan..

Beto nampak very the budak..comel and cool. Ada amarah dalam dirinya yang tak terluahkan. Kesungguhannya mengembara ke Sarawak dan menempuh pelbagai insiden yang buat dia pelik dan rasa nak give up dalam mencari asal usul kelahirannya. Aku meletakkan diri aku dalam Rahmat. Agaknya mampukah aku? Beranikah aku? Ya lah dia lelaki, apa jadi pon dia hero ! Tapi kalau bukan dia siapa lagi yang nak tolong bongkarkan roots dia. Babak2 cinta yang terbit antara Rahmat dan Mining berlatarkan matahari yang hampir terbenam sangat cantik. Lawa sangat. Tunku Norhanis pon nampak lebih cantik daripada wataknya dalam Selagi Masih Ada.


Selagi Masih Ada - memang menyentuh perasaan. Watak Beto sebagai Harith yang sgt comel dan manja bila membahasakan dirinya sebagai Ha kepada ibunya. Kisah cinta yang bermula dengan pandang pertama lensa ini menggandingkan Beto sekali lagi dengan Tunku Norhanis. Nakalnya dia masa dia mengorat Dahlia. Dia nampak sgt penyayang and full of suprises dalam cite ni. Dia sgt sabar dan sangat romantik. Aaargghhhhhh Harith !!


Nanti aku sambung lagi entri ni. Ade hal nak bikin. Sambil buat keje sambil pasang Geng Surau. Terhibur rase hati petang2 gini. Ni tengah download drama2 bersiri Beto spt Sirrun, Pelangi Kasih, Cita & Cinta and nak carik dan gali lagi kot2 ade yang belum masuk senarai.

Chow!!









5 comments:

  1. Try tengok telemovie aku, dia dan tong sampah.. kat youtube ada.. bestttt!!!

    ReplyDelete
  2. kita pon minat beto sangat sangat!!!!

    ReplyDelete
  3. Nurkusyairy Zakuan bin Osman

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Haah nk jugak link dia..jenuh cari dah..please syer ye sis..tringin sgt nk tgk.

      Delete