'O' IS FOR OLIE

Saturday, December 22, 2012

BETO KUSYAIRY DALAM PEMENTASAN TEATER RAMLEE FESTASI

Beto Kusyairy telah terlibat dalam pementasan teater Ramlee Festasi yang telah berlangsung selama 3 hari berturut2, 14 hingga 16 Disember 2012. Ada dua sessi jam 3 petang dan 8.30 malam. Promosi rancak yang dibuat oleh Beto sendiri di laman twitter beliau mendapat sokongan dan respon yang memberangsangkan oleh penyokong2 beliau, termasuk aku.





Kenangan Manis di DBP Stor ~ Teater Ramlee Festasi


Aku sampai awal. Pegi dgn Nisa. Penting ni bwk anak aku sbb dia akan jadi cameraman aku.  Datang awal sbb akut tak dapat tempat. Dengornye ramai nak turun. Aku pegi 2 sebab. Satu of coz lah pasal Beto. Dan yg kedua pasal adik aku Ayop yg jadi MD utk teater ni. Sampai je claimed tiket yg aku dh booking. Selamat!

Looking around nampak plak wife Beto, Tisha. Nak gi tego ke tak? Segan lak rase...errmm tkpe gi je.
Bile aku kenalkan diri dan salam ngan dia, Hi Tisha, Olie..sambil hulur tgn. Dia macam igtkan sesuatu pastu ckp Olie...Manjalara? Yup2...aku jwb. Terus duduk and borak2 dgn dia. Nice sweet and frenly.



Aku berjalan ke tepi sebelah pintu masuk. Aku nak merokok jap. Hujan mula rintik kat luar. Sempat jumpe dan bersalaman dengan pelakon Amerul (Tajudin dalam Warkah Terakhir). Kemudian aku nampak Tisha on the phone lalu depan aku...pastu dia cakap ~ come ! come ! Aku pon ikut lah. Ya Allah dari jauh aku nampak Beto tengah berdiri kat ujung sana. Lemah lutut jap aku jadinya beb! Beto Kusyairy ok? Himself! Aduuuhhh aku berjalan mcm dah hilang lutut. Bersalaman dengan dia bibir dan tangan aku terus jadi parkinson. Boleh plak airmata ni nak terkeluar.. Buat malu je depan Beto. Beto hanya senyum dan gelak2 kecil. Ya Allah hensemnye dia! Comelnya bibir dia. Dia lagi hensem in person. Seriously! Dia ketawa bila aku tampar2 dinding sbb mcm tak caye je dapat jumpe dia. Sebelum show ok? Best2!!

Pengarah teater umumkan kene tunggu lagi 20min sbb nak rearranged the sittings. Tak sangka begini ramai yg showed up katanya. Dan bila pintu dibuka dengan bangganya akulah org pertama yg melangkah masuk. Yeayyy ! Terus carik spot yg best skali utk capture all the moments later. Yessss!!

Lampu bahagian penonton digelapkan. Ramlee Festasi bermula! Tak sabar tak sabar tak sabarrrr !!
Sejuta bintang di angkasa...opening song Lagenda. Dan.... there he is!  Beto menyanyi !! Aku ingat lagi part dia : Sinarnya mempersona... Wowowo...jantannya suara Beto! Best2.





Mata aku tk lepas2 tgk pada Beto je. Kagum dan bangga dengan dia! Walaupon ini bukan teater pertama aku tonton tapi perasaan teruja kali ni lebih sket. Melonjak2. Sebab Beto! Semuanya sebab Beto!

Beto bergandingan dengan Crissie Suzzane sebagai pasangan kekasih yang membicarakan tentang cinta mereka, tentang anganan nak berkahwin, tentang prinsip cinta mereka, tentang persahabatan dan masa depan janji cinta mereka. Melihat Beto from a different side of him aku rasa sungguh berbeza. Dia memerankan watak Sulaiman bin Abd Raof tu dgn seluruh jiwanya. Ada moment nakal. Ada moment sinikal. Ada moment bimbang dalam diri Sulaiman tentang masa depan cintanya bersama Iman binti Yusof.


Aku paling suka saat Sulaiman memperlekehkan persepsi Iman tentang cinta. "Bagi aku cinta tu pelik. Cinta tu pelik. Macam kau! Kau manusia pelik. Cara kau jalan pelik. Cara kau bagi reaction pelik. Cara kau fikir pelik. Cinta macam budak2..tak ke pelik namanya tu? Sebab tu aku suke ngan kau. Aaaa itu nama dia cinta"



Babak2 lucu yang diangkat daripada filem2 seniman agung P.Ramlee mmg sangat santai. Sbb aku mmg dekat dengan filem2 komedi Tan Sri P.Ramlee makanya aku rasa sgt selesa dengan pementasan ini.. Para pemeran pon sangat berjiwa dan meninggalkan impak yg bukan kecil kepada penonton. Penonton bersorak, ketawa, terdiam saat babak sedih. Dan aku sibuk merakam video! Hahahahahah















Beto menyanyi !! Wow!! Aku bukanlah nk puji dia sbb aku gile kat dia. Tapi seriously he can sing. Suara dia bleh tahan tinggi lah pitchnye. Jelas. Aku terus rasa kagum dengan kebolehan Beto menyanyi. Terus masuk idea2 (angan2 sebenarnye) nak mintak tolong Ayop composekan 1 single. Very catchy. Very santai. Very good. Aku nak duet dgn Beto. Kata Ayop : Mau gout Beto dengar ko nk soh dia duet ngan ko ni olie! Hahahaaa... Alaaaaaaahh belum tanye lagi so mane la kite tau dia nk ke taknak kan?

Aku bangga dengan pementasan teater ini. Aku bangga kerana anak2 muda melayu kita berjuang dalam produksi yang sekecil ini. Sungguh telus dan ikhlas. Ramai antara mereka yang pandai menyanyi dengan suara yang bagus. Biar aku sebutkan nama mereka di sini Kirin Muhamad, Awang SurniaFizul Pengiran Kareem, Watanabe Wacha dan seorang lagi ialah pelakon perempuan yang bersuara lunak ( aku tak pasti namanya) Sedaaaappp sgt sura mereka ni ! Kagum !!


"Dengar ...Oh jeritan batinku.." Aduuuuhhh menikam2 kalbuku bila Kirin mengalunkan lagu ini. Sedap gile kot! AyO! Berdirilah semua bulu selagi ade! hahahah..Memang bole jatuh cinta dengar suara Kirin ni tau. Kredit juga utk adik aku Ayop sebab berjaya sebagai Music Director. Bagus arrangements ko adik! Terutama lagu Hoi hoi ya hoi! dan Jangan Tinggal Daku. Bertambah2 kredit utk ko adik sbb Beto yg nyanyi ...hehehhe. Tak sangka lak suara Beto lantang begitu..high pitch u ! Tahniah Beto! I lebiu lah... eh tetiba...kaaaaaaaann...



Sebaik tamat lagu Jangan Tinggal Daku maka tamatlah juga pementasan Ramlee Festasi (walaupon tkde pentas) Aku bingkas bangun memberikan standing ovation. They deserved it yawl ! Terus bertepuk sorak tanpa henti sehingga kesemua pelakon menghilang di sebalik pintu. Rasa puas sangat!! Dannnn....yesssssss Beto keluar semula. Apa lagi ramailah yang serbu dia untuk bergambar. Aku hanya perhatikan dari jauh je. Biarlah dulu. Fikirku kalau ade rezeki aku, dapatlah aku berjumpa dia lagi sekali sebelum balik. Tapi Beto sempat memberi isyarat dan aku mengangguk tanda faham. Ok. Faham. Aku tetap akan tunggu walau lama cemane pon....

Beto berjalan ke arah aku sambil tersenyum. Bak kata S.Kadarisman dalam Tiga Abdul ~ Errrrgghhhmmmm manisnyehhhh!! Ya Allah rase macam jumpe harta karun ko ! Ke langit aku malam ni! Kami berbual. Kami bergurau. Kami bergelak sakan. Kami bergambar. Semuanyalah...!! Autograph yang dia tandatangan untuk aku walaupon ink pen tu dah macam tak berapa nak ade, Beto sedaya upaya menulis sambil kibas2 pen tu kot2 mau keluar dakwatnya. Aku simpan baik2 kertas tu. Beto tulis ok?!! Yesssssss !! Aku terharu jap bila Beto kata betapa malunya dia menyanyi depan aku tadi..........
 ( hello Inchek Beto, saya ni menyanyi bukan handal manepon...jgn risau) Tapi disebabkan sikap semulajadinya yang down to earth buat aku rase sangat dihargai. Aku rasa teramat bertuah kerana Beto melayan aku agak lama berbanding peminatnya yang lain malam tu. Kene loteri aku malam ni!!  Aku tau dia penat. Aku nampak dia penat. Tapi dia tetap dengan senyuman manisnya yang buat aku rasa nak tapau dia balik pastu letak dalam bekas kaca..letak dalam bilik aku...bleh tenung hari2..hehehehe..Weh gurau je... Beto bace ni kang mau dia igt aku saiko lak..hahaha !! Seriously gurau beb.. Tapi memang dengan seikhlasnya dia melayan aku dan peminat2nya yang datang malam tu. Alhamdulillah. Aku bersyukur dan berterima kasih. 


Walau apapon, 16 Disember 2012 telah mencatatkan satu lagi peristiwa maha penting dalam hidup aku. Aku, Beto Kusyairy dan Ramlee Festasi. Akhirnya!! Aku dapat bertemu, berbual dan mengenali sedua persen Beto Kusyairy figura yang amat aku kagumi, minati, sayangi dan hargai..Biarpon dalam waktu sesingkat itu.

Terima kasih Beto Kusyairy! Terima kasih Ayop adikku! Terima kasih 16 Disember!! Terima kasih Ramlee Festasi!
 









No comments:

Post a Comment