'O' IS FOR OLIE

Monday, November 12, 2012

BETO KUSYAIRY ~ PELAKON LELAKI PUJAAN MALAYA TERKINI TERHEBAT TERHANGAT !!!





Beto Kusyairy



Beto Kusyairi figura paling panas diperkatakan oleh penggemar hero melayu masa kini. Namanya kian mentiti dari bibir ke bibir. Mutu lakonannya yang hebat, realistik,  tidak lebih tidak kurang cukup menyenangkan. Namakan saja watak apa yang perlu dilayarkan Beto pasti tidak pernah menghampakan. 




 Apa yang istimewa sangat dgn pemilik nama Beto Kusyairy ini? Entah dari mana dia muncul  dengan bakat besar dan kecintaanya pada seni lakon membuatkan aku tertanya-tanya ~ WHAT TOOK YOU SO LONG BETO? WHERE ON EARTH WERE YOU HIDING YOUR BIG TALENT ALL THIS WHILE? Pendapat aku istimewanya dia kerana dia hanya menjadi diri sendiri dan kemudiannya sebaik mungkin menterjemahkan sesebuah naskah dengan begitu jujur dan mendalam sehingga kita terbuai dan percaya pada watak yang dimainkan. Dia memahami apa yang yang dimahukan dalam sesebuah karektor. Dia ada segala yang cukup relevan dengan permintaan khalayak yang tertunggu-tunggu sekian lama kemunculan hero melayu yang benar-benar tahu dan kenal bakat sendiri. Kita sudah lama menanti seorang pelakon lelaki yang akan membuatkan kita mampu percaya dengan setiap gerak lakonannya. Kita sudah jemu mencongak akan adakah lagi aktor melayu yang sudi memberi sepenuh jiwanya serta cukup menghormati karya yang dipertanggungjawabkan kepadanya? 

Tapi dengan kemunculan aktor melayu berbibir nipis seksi berwajah keanakan ini, industri perfileman kita seolah diberi peluang kedua. Ketandusan barisan pelakon lelaki yang benar-benar 'outstanding' terisi dengan kemunculan Beto. Melihat dari sisi lain Beto sebagai orang biasa, aku percaya dia telah menjadikan insan terdekatnya merasa paling bertuah dalam hidup mereka. (Cuma malang sekali aku tidak termasuk dalam senarai panjang mereka yang beruntung itu.... sedihnya)
Senyuman manis ini telah mencairkan hati ramai peminat wanitanya

Sweet couple ~ tunggak utama Istanbul Aku Datang!








Comelnya Beto dalam Aku Dia Dan Tong Sampah


 Rosli Dhoby


Botak vs Cikgu Ariffin

Isteri sebagai Pengurus Peribadi

Aku menyifatkan langkah Beto memilih isterinya sendiri sebagai pengurus peribadinya adalah keputusan paling bijak bukan hanya untuk memudahkan perjalanan kariernya bahkan juga sebagai jaminan mengutuhkan kerukunan rumahtangga mereka. 

“Kini walaupun sudah mula dikenali, tiada apa yang berubah. Cuma sebagai seorang suami, rasa tanggungjawab perlu sentiasa ada. Umpamanya kini saya sudah banyak menerima tawaran berlakon dan digandingkan dengan ramai pelakon wanita lain, apa yang perlu dilakukan adalah melihat perwatakan dan skripnya terlebih dulu.

“Saya tidak buat apa saja kerana ada hati yang perlu dijaga. Walaupun isteri faham dan tidak pernah mempersoalkan perkara itu, namun saya sendiri sedar pasti terbit juga rasa cemburu. Lantas saya fikir tidak manis jika saya tidak meletak garis panduan dalam setiap lakonan kerana status suami itu terlalu besar tanggungjawabnya.

“Mujur Tisha menemani saya dan menguruskan jadual lakonan. Saya bertuah. Lihat saja sekarang, saya selesa apabila semua urusan kerja dipikul sepenuhnya isteri,” katanya. 
(Petikan temubual ini diambil daripada buzzera.blogspot.com)

Di bawah ini klip promo filem Istanbul Aku Datang!  




Beto Kusyairy sebagai Agos dalam Jiwa Taiko (Barajiwa)

Poster Filem Komedi Romantik Istanbul Aku Datang!

Gaya Hero Terhangat Malaya di Malam Gala Istanbul Aku Datang!
Road Tour Promosi Filem Istanbul Aku Datang!

 Aku nak kongsi sedikit keterujaan aku menonton filem paling 'sweet' Istanbul Aku Datang! Bagiku inilah filem romantik komedi yang sangat2 comel. Sangat2 menyentuh hati. Walaupon jalan ceritanya agak 'predictable' ( barangkali kesan aku banyak menonton filem2 komedi romantik dari barat ) Tapi garapan buah tangan terbaru Bernard Chaully ini boleh diangkat menjadi sebuah filem yang berbeza daripada lambakan filem2 cinta melayu sebelum ini. Ini filem jiwa muda zaman ini. Sangat 'current'. Ini adalah realiti cinta jarak jauh yang menguji pasangan yang membaja cinta sejak zaman persekolahan. Ini hikayat kesetiaan, kecurangan, pertemuan tak terduga dan kebetulan yang mana akhirnya mengasak cinta antara Harris dan Dian dinaskahkan sebegitu kemas dan seindah kota Istanbul. Kesannya : keluar dari panggung aku rasa macam nak terus bersiap dan beli tiket kapal terbang ke Istanbul !! Betapa kuatnya sentuhan lakonan mereka sehingga aku sudah tak percaya lagi Paris adalah Kota Cinta..

Jom kita lihat sorotan menarik di set penggambaran Istanbul Aku Datang! (Nota: gambar2 dimuat turun drp Facebook Page Istanbul Aku Datang!)









 "Mr. Suleiman! Mr. Suleiman !








 Harris on his very 1st date with Dian..."Saya bawak awak jalan2 sebelum awak balik Malaysia esok.."

 Serius ! Baca skrip pon sempat tweet lagi ye?

 Azad datang nk pujuk Dian terima dia semula. Huh!! Jantan curang!!



 Muka comel Beto....ermm kalau dah comel tu buat muke mcmana pon tetap comel








 Tekun menghafal skrip dalam kesejukan...Gigil Beto

 Sweet sgt Harris bawa Dian makan aiskrim




 Harris dating pusing2 bandar dgn Dian naik skuter

Harris mencuri pandang Dian dari cermin sisi motornya.. Cinta dah berputik
Kesian Dian tertipu...nasib baik dapat duit deposit balik...

Harris berdebar menanti Dian bersiap nak keluar dating
 

Sekarang mari kita cerita pasal lakonan mantap Beto dalam telemovie. Secara peribadi aku suka semua lakonan Beto. Paling menyentuh hatiku ialah watak Edree dalam Jujur Aku Dayus. Seawal babak dia sudah membuatkan aku sayang nak beralih dari tv hatta nak ke bilik air sekalipon! Kuasa apa yang Beto pakai? Memegang peranan sebagai suami kepada Lisa (Nora Danish) yang yakin dia telah dicurangi oleh isterinya semasa ketiadaannya kerana bekerja di Jepun. Kerana sangat kecewa dan rasa tertipu dia memandu selaju mungkin dan mengakikabtkan kemalangan. Dan apabila dia sedar dari koma perkara terakhir yang mampu diigati adalah hendak menceraikan isterinya Lisa. Bermula saat itu dia berperang dengan perasaan kasih dan cinta serta dihantui rasa dayus jika tidak menceraikan isterinya yang tidur dengan lelaki lain di belakangnya. Perjalanan telemovie ini amat menyiksakan aku kerana Edree mengambil pendekatan menjauhkan dirinya dari Lisa dan mendekati semula bekas tunangnya. Konflik demi konflik tercetus antara mereka bertiga. Aku marah Edree kerana tidak mahu menyiasat sedalam2nya. Aku marah kerana dia mengambil keputusan menceraikan Lisa. Huh!! Marahnya ! Begitu sekali aku terbawa dengan lakonan hebat Beto. Pada  yang tidak berkesempatan menonton Jujur Aku Dayus, cuba klik klip di bawah untuk menonton.  


Banyak lagi yang aku nak perkatakan tentang kedahsyatan lakonan Beto Kusyairi. Mungkin di entri akan datang ye? Berikut ini aku sertakan klip2 telemovie pilihanku lakonan Beto Kusyairy  untuk semua.  Sumber : Youtube

Aku Dia Dan Tong Sampah

Janji Jujur Sepi
Selagi Masih Ada
Kasyaf Amani
Kg Semarah Padi
Uri

Gambar2 di set penggambaran Uri ( sumber: Facebook Page Telemovie Uri )
















Aku tidak akan pernah berhenti mendoakan kejayaan yang berterusan kepada Beto Kusyairy hero pujaanku ini. Semoga Beto akan berkongsi kekuatan jiwa seninya dalam penghasilan filem juga drama bermutu. Semoga juga Beto akan sentiasa berpijak di bumi nyata dan jika sudah terbang tinggi nanti selalulah  pandang ke bawah agar harga dirimu tetap terpelihara dan mensyukuri nikmat bakat yang dipinjamkan Allah. Solat jangan diabaikan kerana hanya tiang agama inilah yang akan menjadi pengukuh rumahtangga dan bahagia ke akhir hayat. Insyaallah...

BIOGRAFI BETO KUSYAIRY

Nama penuh: Nurkusyairy Zakuan bin Osman
Tarikh lahir: 19 Februari 1980
Asal: Kuala Lumpur
Status: Berkahwin
Pendidikan:Diploma Komunikasi Massa,Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Facebook: http://www.facebook.com/beto.kusyairy
Twitter : twitter.com/BetoKusyairy
FILEM:   


Bravo 5 (Yeop Hitler)
Istanbul Aku Datang (Bernard Chauly)
Jln. Pintas (Nam Ron)
Chow Kit (Brando Lee)
Barajiwa (Osman Ali)
Sini Ada Hantu (James Lee)
Nur Kasih The Movie (Kabir Bhatia)
Sesuatu Yang Tertinggal (Mohd Asrulhisyam aka Black)
Kami The Movie (Fizi & Fendi)
Syaitan (Bade Azmi)

SHORT FILM:
Hujan Panas(Nadiah Hamzah)
Sangkar(Sharifah Amani)

DRAMA BERSIRI:
Wasiat
Lari Sayang Lari(Yasu Tanaka)
Cita & Cinta(Azma Aizal Yusoof)
Juvana(Faisal Ishak)
Geng Surau(Wan Hasliza/Johan Bahar/Syed Khairul Fariz)
Putra Pura(Johan Bahar)
K.I.T.A(Michael Ang)
Dendam Kesuma:Tun Fatimah(Zaili Sulan)
Apa Dosaku:Sybil Kathigasu(Bernard Chauly)
Lembing & Layang:Senoi Praaq(Wan Hasliza)
10:Mokhtar Dahari(Manesh Nesaratnam)
Warkah Terakhir:Rosli Dhoby(Wan Hasliza)
Pusaka(Bade Azmi)
Bilik No 13-Season 2(Anwardi Jamil)
Kekasihku Seru(Kabir Bhatia)
Lima(Wan Hasliza)

TELEMOVIE:
Kg Semarah Padi(Melissa Saila)
Janji Jujur Sepi (Ayie)
Jujur Aku Dayus (Haris Kadir)
Runtuhnya Sebuah Dosa (Erma Fatima)
Aku Mahu Terbang (Feroz Kader)
Pencari Jalan Lurus (Ismail Yaakob)
Selagi Masih Ada (Prakash Murugiah)
Bila Cinta Berzikir (Erma Fatima)
Takbur Seorang Isteri (Ayie)
Sesungguhnya (Haris Fadzilah)
Lari Sayang Lari (Yasu Tanaka)
Kashaf Imani (Azma Aizal Yusoof)
Uri (Tunku Mona Riza)
Misteri Gua Musang (Anwardi Jamil)
Manggah Runggah (Nuad Othman)
Bila Merpati Terbang Malam (Bade Azmi)
6 Sharifah (Wan Hasliza)
Rel Waktu (Zulkiflie M. Osman)
Mencari Nurkhadijah (Erma Fatima)
Ibu Mak Mama Mummy Ummi (Emi Sufian@Pian Skru)
Pasukan Gerak Cepat-PGC (Haris Fadzillah)
Lorong Neraka@Tersasar Di Jalanmu (Erma Fatima)

 STAGE PLAY:
Pementasan Projek KOKEN:TANDA (Rumah Anak Teater)

STUNT-WORK:
Cicakman(Yusry KRU) as AC Mizal stuntdouble
Bilut(Bade Azmi) as Khir Rahman stuntdouble





2 comments:

  1. Good luck olie but I think you better check rasanya dia ada diploma sama mcm tisha

    ReplyDelete
  2. Bagi aku setiap kali melihat lakonan beto pasti aku akan "jumpa" beto yg berlainan. Takkan jumpa beto yg sama dlm setiap drama or filem yg dilakonkan. Itulah kelebihan beto bg aku. Klau pelakon lain bg aku samada cerita sedih ke romantik ke or apa2 je lah watak tu tetap mcm tu jiwa yg sama utk semua watak boring tuu. Yg overpun ada lg lah nyampah. Tapi beto tetap bersahaja x pyh nak over2 lakonan dia pasti menjadi. Teringin nak tgk beto menang best actor 1 hari nnti...

    ReplyDelete